Saturday 9 August 2014

Petua Cantik


kulit wajah mulus

wajah yang mempunyai parut jerawat akan menjejaskan keyakinan diri, begitu juga dengan masalah kulit yang agak kurang tegang akan membelenggu diri .
petua untuk kulit wajah mulus ini mudah sahaja hanya memerlukan beras pulut dan putih telur, insyallah kulit wajah anda akan menjadi mulus. :)

  • kisar atau tumbuk beras pulut kemudian campurkan dengan  putih telur.(gaulkan sebati)
  • pastikan wajah anda sudah dicuci
  • ratakan sapuan pada keseluruhan wajah dan untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat "amalkan sekerap mungkin".
Rawat Rambut Gugur

petua untuk rawatan rambut gugur ini mudah sahaja.
 Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencampurkan air asam jawa dan santan di dalam satu bekas.  kemudian untuk mewangikan ramuan ini anda boleh memasukan beberapa kuntum bunga wangi seperti bunga kenanga. Lumurkan  rambut dengan ramuan ini dan biarkan ia menyerap ke akar rambut anda dalam beberapa minit. selepas itu bilas rambut anda dengan air bersih. 
Amalan ini mampu menguatkan akar rambut sekali gus untuk mengurangkan masalah rambut gugur.

No comments:

Post a Comment